:)

1.22.2010

Badan gempal sesuai fabrik lembut??

www.tips-fb.com


Monink!!got sume info 2 shear!!
ske la..ngn info camgini ;)walopon aku xle berbadan selim hihi~agak berisi
mungkin info ni boleh kot membantu aku & kamu..
pape pon..layanss..

___________________________________

Badan gempal sesuai fabrik lembut

Soalan

Saya berusia 26 tahun dan akan berkahwin hujung tahun nanti. Saya mempunyai masalah untuk menyesuaikan pakaian pengantin di majlis saya nanti. Saya juga mempunyai warna kulit yang sedikit gelap. Ketinggian saya 152 sentimeter dengan berat 70 kilogram, mempunyai potongan badan yang gempal di bahagian pinggul. Ukuran dada 38 sentimeter (sm), pinggang 33 sm. Harap saudari dapat membantu melakarkan fesyen bersama warna sesuai untuk saya. Terima kasih.

Miss Roxy, melalui emel.

___________________________________________________________________

Jawapan

Mempunyai bentuk badan yang tidak seimbang menyebabkan saudari perlu berhati-hati ketika bergaya. Paling utama adalah bijak ketika memilik fabrik, corak dan warna sesuai.

baju pengantin, artis malaysia, hantaran perkahwinan,

LAKARAN untuk pengantin berbadan gempal dan rendah.

Fabrik sesuai untuk mereka yang berdepan masalah sebegini adalah fabrik lembut dan jatuh cantik serta terletak di badan pemakai. Jenis fabrik yang dicadangkan adalah seperti sifon dan renda Perancis. Elakkan mengenakan kain keras seperti songket dan sutera Thai.

Rekaan pula tidak perlu terlalu sarat. Memadai rekaan yang ringkas seperti kurung moden bagi memberi ilusi tubuh yang tinggi dan kurus.

Lakaran yang disediakan adalah antara rekaan yang sesuai untuk saudari. Fabrik digunakan adalah sifon bersulam manik. Manik yang berat pada kain akan jatuh cantik mengikut bentuk badan. Pilih corak bunga kecil atau sederhana atau mendatar.

Serlahkan mewah busana pengantin anda dengan gandingan fabrik ‘French lace border’ pada lengan, bawah baju dan hujung kaki. Di bahagian atas badan iaitu di leher baju, susun aturan kristal swaroski dan manik jemeki untuk mengalih tumpuan pada bahagian atas badan. Kerlipan kristal juga mampu menaikkan seri baju pengantin.

Padanan kain pula haruslah dalam potongan ’slim cut’ bagi memperlihatkan ilusi tinggi pada mereka yang berbadan besar. Manakala tail (ekor) di belakang kain memberi kelainan pada rekaan.

Pilih layah yang tidak terlalu labuh iaitu sekadar melepasi bahu sedikit. Layah pula tidak perlu terlalu mewah dengan lapisan yang bertingkat. Disarankan hanya sekadar satu lapis saja. Layah bertingkat akan memberi impak badan lebih besar.

Bahagian tangan juga berpotongan ’slim cut’ supaya nampak lebih kemas. Manakala warna yang sesuai untuk mereka yang berkulit sawo matang adalah kuning air untuk menambahkan seri.

Dipetik daripada :

Http://www.bharian.com.my/

Kategori: Baju Pengantin




4 ♥love me =):

Syidah said...

syidah kurus je atiey!ahaks

missAtiey said...

syiDah~selimm ;)
aty gomokk la dear..so kne diet habis2 san..hihi~

sasha @ mumyalyaqil said...

weh...ni perli akak ni :-P

missAtiey said...

erK?akk makan cili ke dear?wakaka..xde ar..mne de akk gemok..akk ok pe..comel ^^