:)

10.31.2010

lagu tema : Terbang Bersamamu by Kangen Band

www.tips-fb.com

lik kuchingg..yey! ka- ching! hihii..

10.27.2010

Be Part of ChurpChurp Today!

www.tips-fb.com



korang mesti da knal ngn mende ni kan?
ops sori...aku budak baru daftar..hihii..cian :>
btw.. dengan BANGGA nya..nak gitauu..now I"M a CHUPPER!!..yeahh..ceh..hehe
baru reg last week :D

kerja nyerr amatlah mudah ..just wat Assigment yang ChurpChurp bagi then
tolong tweetkan kepada kawan-kawan yang lain, tentang sesuatu iklan/promosi mengikut keywords yang ChurpChurp bagi so..yang BEST nyer
korang akan dapat MONEY oh MONEY *ceh..mata duitan tol aku nih ..hihi*!
So easy kan?!


so..
you all are now invited to join the
new Social Media Solution Community.!!!

Churpchurp
&
Jom sertai Contest menangi wang tunai RM100...
Contest bermula dari 25 Oktober -25 November 2010...
Lumayan tue...

btw..jom

Check out this SlideShare Presentation:





ok..next storry ~
nak jdi cite..aku de le jalan2 kat blgger lain kan..
then ade yang citer sal

diorang kan dapat email dari pihak ChurpChurp kalau ada iklan yang terbaru yang mereka nak kita buat..

aku pon heran..nape aku xde eyy...ermm..maybe baru g kott..hrmm
pagi tadi aku ter blog walking kat blog sorang bro nih..
lorh...baru aku tau...rpe nye..aku isi xlengkap...kuang2...

kat bahagian ni...aku x isi...bak kata bro 2 masukkan perkataan [ad] atau [ads] atau [iklan] atau apa saja yang korang rasakan sesuai, dan set perkataan tersebut samaada nak dihadapan iklan atau pada ayat terakhir iklan.. aku sarankan guna pada permulaan ayat..

and submit..DONE :)

hope lepas ni boleh le aku dapat email dari pihak ChurpChurp* hihii..cian nyer :P
btw..thanks 4 ur info ya bro

moral of de story~ baca arahan leklok ye..

Kenapa ALLAH S.W.T ketemukan kita dengan org yang salah...???

www.tips-fb.com

Mowning !! :) penyakit kemalasan update blog mule da :(..i've been very busy lately..xpe..pagi ni nak share sket..note yang org tag2 aku dlm FB :D hihii..♥ dis :).layan :)


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

________________________________

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.




Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.. 

10.24.2010

Lancer VS Inspira

www.tips-fb.com






erk? hahahaha* jahat doe iklan nih...kehkehkeh :P
<---Nanged it if u like. Thanx :)

10.23.2010

D.I.Y doorGift Dahlia

www.tips-fb.com

Tutorial ni aku dpat dari mail box :)
Actually ni membe 2 amik dari website marthastewartweddings

Tapi membe 2 dah translate kan dlm bahasa melayu yang..ermm..macam pelik sket..
Huhu..papepon..Nah..kite share same2 k :)



Ini mungkin tidak musim dahlia saja, tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh saluran Warna mendedah ini bunga sikap dan meriah di sini dan sekarang. Untuk ini menguntungkan poket mata, kami menggunakan kertas tisu yang cerah untuk membuat pola yang meniru bahawa kecantikan tebal, kemudian diikat pada tag penggunaan penanaman bantalan, dan pita hijau untuk mengaku sebagai daun. Di rumah, tetamu akan mengupas kelopak untuk mengungkapkan Dorman umbi dahlia penuh dengan potensi dan hanya menunggu untuk memuat root

Paham x? hehe..
Xpe..selebih nye..bia mrs.faizal yang translate kan dlm bahasa lembut :P

bahan-bahan nya :

• tisu Or crape paper pilih la pape kale yang korang ske =)
• gunting untuk mengunting :D ngee~
• pensel tok mlakar
• benang
• Ribbon kale2 yang cantek

Cara2 buat :

  1. 4 crape paper 2..korang lipat 4 taw..then..
  2. Download PDF dahlia template <<----ni ,
  3. printkan dan potong untok jadi contoh ..lalu berbaring di atas kertas tisu dilipat,selaraskan template tepi lurus dengan dua sisi melipat kertas tisu.Then korang lukis ikut template 2, kemudian dipotong pada baris untuk membuat dahlia kertas tisu.

  1. Buka kertas tisu dan korang pintal2 sket kat hujung kelopak untuk jdikan lebih real ..cewah..hehe

*nak hasilkan kelopak yang lebih banyak..korang just perlu gunakan 2 keping dahlia kertas tisu..n..adjust mcm ni..



  1. Ok..for Tg tag korang amik cni k--->> download PDF
  2. Pandai2 le ubah pape yang patot ;)
  3. Print n potong kemudian buat lubang kecik (baik gne jarum)
  4. Then ikat benang.
  5. Last skali..boleh lah mbungkus bola(letak coklet bulat2) dalam satu lapisan tisu, ikat dengan benang (letak tengah2 taw..bungkuslah baik2 ye..
  6. n hias dengan Ribbon untuk kemaskan ikatan

4 more information.. boleh rujuk kat cni Marthastewartweddings.com
Slamat mencuba!

10.22.2010

pengantin dlm air..cambest je kan..:D

www.tips-fb.com
jom layan vid nie..

.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul :. from cstproduction on Vimeo.


::Majlis Persandingan Hazriq & Nurul::
Lokasi Kuala Terengganu
1 Oktober 2010


perghh~ nak wat gak camni bole?
kang masok je air..xtimbul2..
ok lagi xtimbul..if xble tengelam..lagi ssh...
ekeke..
luf dis vid so much..

jamuan.raya.makan.erk.kenyang..alhamdulillah..:D

www.tips-fb.com
atas permintaan ramai aku buat khas gne * air tangan*
kek lapis masam manis .masam x..muahahaha..
jahat*



salah satu poss yang d rancang sejak dari awal..ekeke


posing menyenget :D hee~


yumss~

adik badan besau :P
syg korang! muaxh! *syg ke? ekeke

10.21.2010

Lari ? xmahu nikah? nak Lari?

www.tips-fb.com
KUANTAN: “Jika dia (Rozaliya) setuju, perkahwinan mereka akan dibatalkan,” kata Mat Lazim Mat Ismail, 52, bapa kepada Rozaliya, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu ketika membeli persiapan perkahwinan bersama tunangnya di Pasar Besar Kuantan, di sini.

PUJUK...Rozaliya ditenangkan Mat Lazim pada sidang akhbar di IPD Kuantan, malamtadi.


Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.


“Dia memberitahu tunangnya itu bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.


Terdahulu, Rozaliya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, selepas dikatakan dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan.

Difahamkan, penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar sebelum dia dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.

Ketika sidang media di IPD Kuantan, Rozaliya turut hadir, tetapi enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya lebih banyak tunduk dan menutup mukanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rozaliya, 20, seorang jurujual di kedai menjual telefon milik bapa saudaranya di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu dilaporkan hilang sejak 13 Oktober lalu.

Sebelum kejadian itu, dia dikatakan keluar dari rumah keluarganya di Bandar Cheneh Baru dengan berpakaian blaus hitam dan seluar denim gelap bersama tunangnya, kira-kira jam 11 pagi untuk membeli persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 12 November depan.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan di sini, tunang wanita itu bergegas pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana perlu menyelesaikan urusan penting dan berjanji menemui Rozaliya, kira-kira jam 3 petang hari sama.

Bagaimanapun, Mohd Helmi gagal menemui Rozaliya di tempat dijanjikan dan terus mencarinya hingga jam 6 petang sebelum menghubungi keluarga wanita itu.

Kelmarin, akhbar melaporkan ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, sebagai berkata dia mengesyaki ada yang tidak kena dalam perhubungan anaknya dan Mohd Helmi.

Wanita itu mendakwa, Rozaliya pernah berhasrat memutuskan pertunangannya.

Semalam, akhbar melaporkan Mohd Helmi tampil di IPD Kuantan untuk menafikan andaian dia terbabit dalam kehilangan tunangnya itu.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, turut menafikan anaknya membawa lari dan menyembunyikan Rozaliya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berharap kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah itu.

“Siasatan mendapati kejadian ini bebas unsur jenayah dan lebih kepada masalah peribadi atau keluarga,” katanya sambil memaklumkan polis turut mengambil keterangan Rozaliya selepas ini bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangannya.

Sementara itu, Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar.

“Saya maafkan perbuatannya dan biarlah takdir menentukan nasib kami,” katanya.

sumber :--- myMetro

*brita yang kuar dlm metro hri ni sungguh xmsk akal..tapi..jadik gak kan :| dunia2..
hmm~ nape le gurl 2 sanggup wat cam 2..xyah le lari2 bagai..
ape salah sattell tol2..xle muke masuk metro..malu tue :(
xsayang tunang pon benci tunang pon..xmo kawen pon..jangan la wat camtu..
sian n sayang la kat family..
diorang lbih malu if buat gtu..
hrmm..minta2 jaoh la dari masalah camni...
Nauzubillah hi min zalik

CIMBank Easy Contest *pilih.click dan menangg!!

www.tips-fb.com
**click banner to join contest**


hey beautiful!! Hello Handsome!! :D jomlah join contest ni :D .senang sangat :D..
pilih.click dan menangg!! yeahh~ hihii
4 more info leh g cni ;)
selamat ber contest!!

nah..pilih hadiah korang..:)

**click banner to join contest**
or...here 2 join..:D ---> CIMBank Easy Contest

10.20.2010

2 year,2 weeks & 2 days :) alhamdulillah

www.tips-fb.com
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you



Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers


Ya Allah ya Tuhan ku
Restuilah perhubungan kami ini
Perhubungan yang engkau redhai
Sepertimana cinta Adam dan Hawa bersemi
Agar cinta kami cinta yang suci
Bukan cinta nafsu yang keji
Cinta hakiki untuk mu ya Ilahi

Semoga perkenalan diberi restu
Oleh kedua ayah dan ibu
Kerna mereka adalah penentu
Kebahagiaan anak dan menantu
Agar hidup berkat selalu

Amin ya rabbal alamin~


10.19.2010

miss them so much :( Lagu tema : Ayah dan Ibu by Sudirman

www.tips-fb.com
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...



Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...


Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati



Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...


Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat










Nora Danish vs Farid Kamil

www.tips-fb.com
Nora : U kata muka I tak cantik?
Farid: Dahi jendol, dagu leper..tu apa tu..

Nora : Haa?

Farid : Nasi lemak 50 sen.. (sambil menunjuk ke arah buah dada Nora Danish)

Nora: Aaa..



hahaha..jahat..."cuti-cuti Cinta"jln cite cam best je..nak p tngk ar :D





<---Nanged it if u like. Thanx :)

EPSA - Kuiz Perintah Am

www.tips-fb.com

mowning!! pernah nampak x pix kat atas? ada yg pernah..ada yang x kan :)
acually...2 le kuiz perintah am...XD..
p...lmn web ni.--> E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA) ..korang kan jumpe Kuiz Perintah Am ni..
xde mende pon..but...sumtime kuiz ni mmbantu bagi korang2 yang nak dok exam 4 gomen..
sbb kbanyakkan soalan..diorang amik dlm ni...*pch rahsia...:P
tapi masalah nye...soalan mmg de..tpi jopan xd sedikan..so korang crik sendirik la kan..:D...so..tok mmudakan...sebagai rujukan...aku bg nak...
*just sbagai rujukan k *:)


<<<<< ni tanda jopan sebenar :)


1. Berikut adalah syarat-syarat bagi pengesahan seseorang pegawai kecuali

A. Surat Akuan Sumpah
B. Lulus tapisan keselamatan
C. Menandatangani surat aku janji
D. Lulus peperiksaan yang disyaratkan <<<<

**Rujukan: Pengesahan Pelantikan

2. Seseorang pegawai Semenanjung yang diarahkan bertukar ke Sabah akan memikmati elaun serta kemudahan berikut kecuali

A. Bayaran Insentif Wilayah
B. Elaun gangguan
C. Elaun Perumahan Wilayah
D. Tambang penerbangan balik ke Semenanjung tiga (3) tahun sekali <<<<

**Kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal dua (2) tahun sekali - Pekeliling Perkhidmatan 6/2006


3. Berikut adalah bulan pergerakan gaji tahunan kecuali

A. April
B. Jun <<
C. Januari
D. Oktober


4.Seseorang pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis

A. 30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa
B. 30 hari atau sebulan gaji
C. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau sebulan gaji <<
D. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau tiga bulan gaji

5. Dari carta ini bilakah tarikh pergerakan gaji encik Ahmad mulai tahun 2006?

Diploma Pengurusan Awam - 1 Okt 05-28 Feb 06
Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 - 15 Mei 05
Kembali bertugas - 1 Mac 06
**Rujuk carta Pergerakan Gaji

A. 1 Januari
B. 1 Februari
C. 1 April <<<<
D. 1 Julai

6. Berapakah jumlah maksimum yang dibenarkan bagi temph percubaan dengan berdenda

A. 3 tahun
B. 4 tahun
C. 2 tahun <<<<
D. 6 tahun



7. En. Asri seorang Pegawai di Kementerian Y akan menghadiri satu mesyuarat di Jepun. Beliau memerlukan wang pendahuluan diri bagi menampung perbelanjaan di sana. Pendahuluan diri yang boleh dituntutnya

A. Tidak melebihi elaun makan beserta elaun lojing yang boleh dituntut
B. Tidak melebihi elaun makan beserta bayaran sewa hotel yang boleh dituntut <<<<
C. Tidak melebihi elaun makan,elaun lojing, elaun pakaian panas
D. Tidak melebihi elaun makan yang boleh dituntut

8. Kemudahan cuti apakah yang boleh diberikan kepada pegawai yang mengiringi anaknya mendapat rawatan di luar stesyen

A. Cuti tanpa rekod
B. Cuti sambilan
C. Cuti sakit
D. Cuti rehat <<<<

9. Berikut adalah kenyataan mengenai cuti haji kecuali

A. Cuti haji diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai
B. Diberikan kepada pegawai yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun <<<<
C. Diberikan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan
D. Cuti haji diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan

10. Salah satu daripada perkara berikut bukan merupakan syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi seseorang pegawai kerajaan

A. Mendapat perakuan Ketua Jabatan
B. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika ada)
C. Lulus Penilaian Tahap Kecekapan <<<<
D. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi

11. Perkara-perkara berikut adalah benar mengenai 'Pemangkuan' kecuali

A. Perlaksanaan tugas tersebut di samping tugasnya sendiri <<<<
B. Suatu jawatan yang lebih tinggi grednya dari jawatan hakiki pegawai
C. Perlu mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat
D. Pegawai dibayar elaun memangku

12. Syarat utama bagi seseorang untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ialah

A. Mestilah seorang warganegara Malaysia <<<<
B. Mempunyai kelayakan yang disyaratkan
C. Mempunyai susuk tubuh yang disyaratkan
D. Mengikut jantina yang tertentu

13. Yang manakah id bawah ini bukan dalam kategori cuti yang sama

A. Cuti bersalin
B. Cuti Isteri bersalin <<<<
C. Cuti TB, barah dan kusta
D. Cuti kerantina

14. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai hendaklah dilaksanakan pada

A. Tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut
B. Awal tahun kesalahan tersebut
C. Serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan
D. Tarikh ulangtahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan <<<<

15. Pegawai awam yang bermalam di luar ibu pejabat kerana menjalankan tugas rasmi layak dibayar elaun sekiranya memenuhi syarat-syarat yang berkuatkuasa. Bermalam di luar ibu pejabat ialah...

A. Berada di luar ibu pejabat melebihi 18 jam
B. Berada di luar ibu pejabat melebihi 24 jam <<<<
C. Berada di luar ibu pejabat melebihi 8 jam
D. Berada di luar ibu pejabat melebihi 33 km

16. Jumlah cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan ialah sebanyak

A. 25 hari bagi tiap-tiap genak tahun perkhidmatan
B. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan
C. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 1 tahun <<
D. 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 6 bulan

17. Iklan pengambilan pegawai ke dalam Perkhidmatan Awam perlu mengandungi butiran seperti berikut:

I. Nama jawatan dan taraf pelantikan II. Maklumat Gaji
III. Kelayakan akademik IV. Taraf kewarganegaraan pemohon

A. I, II dan III
B. I, III
C. II, III
D. I,II,III,IV <<<<

18. Puan Aira seorang Penolong Pegawai Tadbir telah diluluskan cuti haji pada tahun 2000. Beliau kembali bekerja selepas 29 hari bercuti. Beliau memohon cuti haji bagi kali kedua untuk menemani ibunya menunaikan fardhu haji. Ketua Jabatan beliau...

A. Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak melebihi 40 hari
B. Boleh meluluskan Cuti Haji bergaji penuh selama 11 hari sahaja
C. Tidak boleh meluluskan cuti haji bergaji penuh kerana kelayakan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan <<<<
D. Tidak boleh meluluskan cuti haji kerana Puan Aira hanya dibenarkan sekiranya mengiringi suaminya

19. Apakah syarat-syarat bagi memohon cuti memasuki peperiksaan

A. Peperiksaan yang dikendalikan oleh kerajaan
B. Peperiksaan yang pengajiannya ditanggung oleh kerajaan
C. Terhad kepada hari-hari peperiksaan sahaja <<<<
D. Pegawai dan kakitangan yang berumur tidak melebihi 45 tahun

20. Kelayakan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi ialah

A. Setiap 2 tahun sekali
B. Setiap 3 tahun sekali <<<<
C. Sekali 4 tahun sekali
D. Sekali 5 tahun sekali

21. Perkara-perkara berikut merupakan syarat-syarat untuk seseorang pegawai yang gagal disahkan dalam skim perkhidmatan yang lain untuk kembali ke dalam perkhidmatan yang lain untuk kembali ke dalam perkhidmatan terdahulu kecuali

A. Ada kekosongan jawatan dalam skim perkhidmatan terdahulu pegawai
B. Kegagalan pegawai untuk disahkan bukanlah atas sebab kelakuan yang tidak memuaskan
C. Persetujuan Ketua Perkhidmatan terdahulu
D. Persetujuan pegawai terlebih dahulu <<

22. Lembaga perubatan boleh ditubuhkan atas sebab-sebab berikut kecuali apabila

A. pegawai telah tercedera semasa bertugas
B. pada setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut pegawai telah mendapat cuti sakit melebihi 15 hari <<<<
C. pegawai disahkan menghidap tibi, kusta dan barah
D. seseorang pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan cuti sakit biasa

23. Kerajaan meluluskan cuti separuh gaji kepada pegawai dan kakitangan atas hal seperti berikut

A. Tidak mempunyai baki cuti rehat lagi setelah semua cuti dihabiskan
B. Sebab-sebab persendirian yang mustahak
C. Tiada lagi kalayakan cuti bersalin setelah melahirkan anak yang ke 5
D. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai <<<<<

24. Tarikh persaraan wajib yang diiktiraf untuk seseorang pegawai awam ialah:

A. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam EGHRMIS
B. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam kenyataan perkhidmatannya <<<<
C. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir Sistem Pengurusan Personel Jabatan
D. Genap 55/56 tahun dari tarikh lahir dalam sijil kelahirannya

25. Seorang pegawai wanita yang melahirkan anak layak memohon cuti tanpa gaji menjaga anak. Berapakah kelayakan maksimum bagi cuti tersebut?

A. 30 hari
B. 90 hari <<
C. 60 hari
D. 120 hari

26. Berapakah jumlah cuti sakit bergaji penuh yang dibenarkan bagi pesakit Tibi

A. Tidak melebihi 12 bulan <<
B. Tidak melebihi 24 bulan
C. Tidak melebihi 36 bulan
D. Tidak melebihi 48 bulan

27. Cuti urusan kematian ahli keluarga terdekat diberikan kepada anggota Perkhidmatan Awam selama 3 hari. Istilah ahli keluarga terdekat dalam hal ini adalah

I. suami/isteri II. abang kandung pegawai
III. ibu bapa sendiri IV. ibu bapa mentua

A. I, III <<<<
B. I, II
C. I, II, III
D. I, II, III dan IV

28. Seseorang pegawai itu dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun, beliau dikecualikan daripada membuat bayaran sekiranya

A. Dia memilih skim pencen
B. Dia ditempatkan di Hospital Kerajaan
C. Mengekemukakan surat pengesahan diri dan perakuan pegawai kepada pihak hospital
D. Disahkan menghidap penyakit tibi <<<<

29. Ahmad dilantik sebagai Pembantu Tadbir (P/Operasi) pada 16 Jun 1998. Pada 16 Disember 2005, beliau dinaikkan pangkat ke gred N22. Bilakah tarikh pergerakan gaji Ahmad bagi tahun berikutnya

A. 1 Oktober <<<<<
B. 16 Jun
C. 1 Disember
D. 16 Disember

30. Marlina, Pegawai Belia dan Sukan gred S44 berhasrat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik. Dalam hal ini

A. Beliau adalah dilarang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik <<<<
B. Beliau hanya boleh memegang jawatan rendah sahaja
C. Beliau perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan terlebih dahulu
D. Beliau hanya boleh menjadi anggota biasa sahaja

31. Lembaga perubatan boleh dipanggil untuk memeriksa kesihatan seseorang pegawai dalam keadaan-keadaan berikut kecuali apabila

A. Pegawai telah tercedera semasa bertugas
B. Pegawai bercuti sakit melebihi 45 hari setahun selama tiga tahun berturut-turut
C. Pegawai disahkan menghidap penyakit barah
D. Kesihatan badan pegawai diragui <<<<

32. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak terbelah bagi kepada YDPA, Negara dan kerajaan. Oleh itu seseorang tidak boleh...

I. membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya
II. berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau nama perkhidmatan awam
III. kurang cekap atau kurang berusaha
IV. ingkar perintah atau kelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah

A. I, II, dan III
B. I. III, dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV <<<<

33. Cuti tanpa gaji diberikan kepada pegawai dan kakitangan atas hal-hal seperti berikut kecuali

A. Sebab-sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai <<<<
B. Cuti menjaga anak
C. Sebab-sebab persendirian yang mustahak
D. Bersalin anak yang ke 6 dan ke atas

34. Rumah yang disediakan di kawasan terpencil dimana tidak terdapat rumah persendirian yang sesuai untuk disewa dikenali sebagai

A. Rumah Khas Jawatan
B. Rumah Khas Jabatan
C. Rumah Biasa Kerajaan <<<<
D. Rumah Sewa Kerajaan


35. Kenyataan di bawah ini adalah paling tepat mengenai Elaun Pakaian Panas

A. Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke Luar Negeri
B. Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar Negara atau selewat-lewatnya tiga bulan selepas pulang <<<<
C. Dituntut oleh pegawai yang diarahkan oleh kerajaan untuk berkhidmat di Luar Negeri
D. Elaun ini layak dituntut oleh setiap pegawai sekali dalam tempoh 3 tahun.


36. Encik Amri seorang pegawai Tadbir dan Diplomatik telah ditawarkan menjadi Pensyarah sambilan di Universiti Malaya. Beliau telah memohon kebenaran dari ketua jabatannya. Ketua Jabatan En. Amri boleh member kebenaran dengan syarat-syarat berikut

I. Pekerjaan itu tidak dilakukan di dalam waktu pejabat
II. Pekerjaan itu tidak bercanggah dengan kepentingan jabatan
III. pekerjaan itu tidak menjejaskan tugas En. Amri sebagai Penjawat awam
IV. Pekerjaan itu bersangkut paut dengan tugas rasminya

A. I, II
B. I, II dan III <<<<
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

37. Syarat-syarat yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih masa adalah kerja-kerja yang

A. Dilakukan di luar ibu pejabat yang melebihi waktu bekerja
B. Perlu dibuat pada waktu malam mengikut syif tugasnya
C. Dilakukan sebelum 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang
D. Dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasanya <<<<

38. Pengisytiharan harta hendaklah dibuat sekurang-kurangnya

A. Sekali setahun
B. Sekali dalam perkhidmatan
C. Sekali dalam tempoh lima tahun <<<<
D. Pada tarikh melapor diri dan sebelum tarikh akhir persaraan

39. Encil Mazlan PTD Gred M41 telah diarah bertugas di Kuantan selama dua hari. Jarak diantara Kuala Lumpur dan Kuantan ialah 259km. Apakah jenis tuntutan yang dibuat oleh Encik Mazlan jika dia menggunakan kenderaannya sendiri walaupun jabatan tidak membenarkan membuat tuntutan perbatuan?

A. Tuntutan perbatuan bagi 240km sahaja mengikut kelayakan kerana menggunakan kenderaan sendiri.
B. Tuntutan tambang Bas Ekspress Kuala Lumpur ke Kuantan secara pergi balik
C. Tambang sebuah kereta sewa
D. Tambang gantian kapal terbang <<<<

40. Melissa dibenarkan menduduki rumah kerajaan kelas C walaupun beliau hanya layak menduduki rumah kerajaan kelas D. Oleh itu, sewa yang perlu dibayar adalah mengikut


A. Kelas rumah yang didiaminya
B. Kelas rumah yang ia berhak mendapat <<<<
C. Kadar yang akan ditentukan oleh KSN
D. Sewa purata bagi kelas C dan D

10.18.2010

Kiranya Lelaki Tahu

www.tips-fb.com

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia
akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan Persahabatan.
Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia
sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa."



<---Nanged it if u like. Thanx :)

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

www.tips-fb.com

haihaihai! ;) hari ni..tetibe je teringat kat badan ku yang semakin membulat-bulatt ...ekeke..
hadoii..penat.jenoh. nak jge badan kan..hurmm..

aww..hahaha..prasan -_-''
k2..jom..kite sma2 kira bmi nak ^^



berat : 59kg tinggi : 163cm
"Your bmi is 22.2. You are considered normal"
mmg cun! butt..59kg tu beratt woOoo... badan nampak gempal jerk..:(
ble belek2 magzn kan...salu model2 berketinggian sama macam aku...berat diorang...ada yang 52kg...oohhMaiigot...gile jaoh beza..
rasa nya..if berat aku 52kg..body ble cam diorang kot...haisy.berangan mode da mule..hahaha..
dari dulu sampai skang..asyik nak diet..diet..diet..
tapi gaks diet2 kan...melantak xkira tempat masa dan ketika..muahahaha..
btw... jom..aku share 10 tips yang maybe ble tolong korang..n diri ku sendiri...untok kurr..kuruss kan badan ..:D

fist of all....apaaa yang Pentinggg... u all

perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri korang ruang, masa & usah cepat berputus asa. percayalah..You Can Do It!!

if korang bersemangat kental getal nak kuruskan badan, properly usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat but ianya pasti berbaloi-baloiii..:D
and..
Salah satu kebaikannya dapat korang lihat melalui kulit.
Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


sO...ni le ...10 tips ringkas yang boleh korang amalkan demi mencapai impian yang satu..hihii tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat korang untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.xyah paang angan2 lebih...kang xdapat frustt lak..so...korang tetapkan mne yang korang mampu k ;)

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan kite. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika korang dapat kurangkan 0.1kg pun dah kira bagus untuk permulaan.

LilySlim Weight loss tickers


2. Sebaiknya, lupakan niat korang untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. * peringatan tok diri sendiri gak..haha

Bagi anda yang nak menjaga otot ketul2 :D, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.* insyAllah boleh :D

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.* ehem..minuman manis?syur? -_____________________________________________-'' * sungguh payah bagi aku -_-

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, korang boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.:)


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:


Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)



Kemudian, disiplinkan diri korang agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian korang.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.*thehehehe..bagi yang dok membujang..mmg gemar makan depan tv kan.. kne lik kmpung baru ble buat adat dok atas meja makan yang betol..hihii

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari korang dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan korang mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.



Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu korang2 n aku skali kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!





<---Nanged it if u like. Thanx :)

10.15.2010

✿Sibling✿

www.tips-fb.com

<---Nanged it if u like. Thanx :):P hihii
*psst~ acellii nak tunjuk yang *nang it* ni...hihi..baru je blajo buat..xtaw bjaya ke tak..owh..tengkiu ;)