:)

12.05.2008

Senja Yang Trajik... Sebuah Kisah Sedih...

www.tips-fb.com
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke
kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang
tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."

Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

....Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut.

12.02.2008

benGonG_stOry^_^

www.tips-fb.com


>Korang tau pepek? (minta maaf dengan kebenaran) > > malam tadi aku terjumpe sorang minah indon ni kat bandar memujuk rayu > > supaya aku beli pepek dia....dia kata pepek dia baik lah...wangi lah... > > bile aku buat muka tak caya dia siap bukak & bagi cium pepek > > dia...ishhh...memang wangi sehh.... > > tapi nasib baik aku tak termakan pujuk rayu dia... > > bile aku kuar henset amik gambar dia lari pulak tu... > > tak caya tengok sendiri ler...ape nak jadi pun tak tau... > > > > Hati2 gambar ni sensored... > > > > > > > > >



I.B.U

www.tips-fb.com

• Ketika Berusia Setahun, Ibu Suapkan
Makanan DanMandikan Kita. Cara Kita
Ucapkan Terima KasihKepadanya Hanyalah
Dengan Menangis Sepanjang Malam.

• Apabila Berusia 2 Tahun, Ibu
Mengajar Kita Bermain,Kita Ucapkan
Terima Kasih Dengan Lari Sambil
KetawaTerkekeh-Kekeh Apabila
Dipanggil.

• Menjelang Usia Kita 3 Tahun, Ibu
Menyediakan MakananDengan Penuh Rasa
Kasih Sayang, Kita Ucapkan TerimaKasih
Dengan Menumpahkan Makanan Ke Lantai.

• Ketika Berusia 4 Tahun, Ibu
Membelikan SekotakPensel Warna, Kita
Ucapkan Terima Kasih DenganMenconteng
Dinding.

• Berusia 5 Tahun, Ibu Membelikan
Sepasang PakaianBaru, Kita Ucapkan
Terima Kasih Dengan Bergolek-
GolekDalam Lopak Kotor. • Setelah
Berusia 6 Tahun, Ibu Memimpin Tangan
Kita KeSekolah, Kita Ucapkan Terima
Kasih Dengan Menjerit :"Tak Nak! Tak
Nak!"

• Apabila Berusia 7 Tahun, Ibu Belikan
Sebiji Bola.Cara Mengucapkan Terima
Kasih Ialah Kita PecahkanCermin
Tingkap Jiran.

• Menjelang Usia 8 Tahun, Ibu Belikan
Aiskrim, KitaUcapkan Terima Kasih
Dengan Mengotorkan Pakaian Ibu.

• Ketika Berusia 9 Tahun, Ibu
Menghantar Ke Sekolah,Kita Ucapkan
Terima Kasih Kepadanya Dengan
PontengKelas.

• Berusia 10 Tahun Ibu Menghabiskan
Masa Sehari SuntukMenemankan Kita Ke
Mana Saja, Kita Ucapkan TerimaKasih
Dengan Tidak Bertegur Sapa Dengannya.

• Apabila Berusia 12 Tahun, Ibu
Menyuruh Membuat KerjaSekolah, Kita
Ucapkan Terima Kasih Dengan
MenontonTelevisyen.


• Menjelang Usia 13 Tahun, Ibu Suruh
Pakai PakaianYang Menutup Aurat, Kita
Ucapkan Terima KasihKepadanya Dengan
Memberitahu Bahawa Pakaian Itu
TidakSesuai Zaman Sekarang.

• Ketika Berusia 14 Tahun, Ibu
Terpaksa Mengikat PerutUntuk Membayar
Wang Persekolahan Dan Asrama,
KitaUcapkan Terima Kasih Kepadanya
Dengan Tidak MenulisSepucuk Surat Pun.

• Berusia 15 Tahun, Ibu Pulang
Daripada Kerja DanRindukan Pelukan Dan
Ciuman, Kita Ucapkan Terima
KasihDengan Mengunci Pintu Bilik.

• Menjelang Usia 18 Tahun, Ibu
Menangis GembiraApabila Mendapat Tahu
Kita Diterima Masuk Ke Ipta,Kita
Ucapkan Terima Kasih Kepadanya Dengan
Bersuka RiaBersama Kawan-Kawan.

• Ketika Berusia 19 Tahun, Ibu
Bersusah Payah MembayarYuran
Pengajian, Menghantar Ke Kampus Dan
MengheretBeg Besar Ke Asrama, Kita
Hanya Ucapkan Selamat JalanPada Ibu Di
Luar Asrama Kerana Malu DenganKawan-
Kawan.

• Berusia 20 Tahun, Ibu Bertanya Sama
Ada Kita AdaTeman Istemewa,Kita
Kata, "? Itu Bukan Urusan Ibu."

• Setelah Berusia 21 Tahun, Ibu Cuba
MemberikanPandangan Mengenai Kerjaya,
Kita Kata, "Saya Tak MahuJadi Seperti
Ibu."

• Apabila Berusia 22-23 Tahun, Ibu
Membelikan PerabotUntuk Rumah Bujang
Kita. Di Belakang Ibu Kita KatakanPada
Kawan-Kawan?. "Perabot Pilihan Ibu Aku
TakCantik, Tak Berkenan Akuuu!"

• Menjelang Usia 24 Tahun, Ibu Bertemu
Dengan BakalMenantunya Dan Bertanyakan
Mengenai Rancangan MasaDepan, Kita
Menjeling Dan
Merungut, "Ibuuu,Tooooolonglahhh?."

• Ketika Berusia 25 Tahun, Ibu
Bersusah PayahMenanggung Perbelanjaan
Majlis Perkahwinan Kita. IbuMenangis
Dan Memberitahu Betapa Dia Sangat
SayangkanKita Tapi Kita Ucapkan Terima
Kasih Kepadanya DenganBerpindah Jauh.

• Pada Usia 30 Tahun, Ibu Menelefon
Memberi NasihatDan Petua Mengenai
Penjagaan Bayi, Kita Dengan
MegahBerkata,"? Itu Dulu, Sekarang
Zaman Moden."

• Ketika Berusia 40 Tahun, Ibu
Menelefon MengingatkanMengenai Kenduri-
Kendara Di Kampung, Kita Berkata,"Kami
Sibuk, Tak Ada Masa Nak Datang."

• Apabila Berusia 50 Tahun, Ibu Jatuh
Sakit DanMeminta Kita Menjaganya, Kita
Bercerita MengenaiKesibukan Dan Kisah-
Kisah Ibu Bapa Yang Menjadi
BebanKepada Anak-Anak.

• Dan Kemudian Suati Hari, Kita
Mendapat Berita IbuMeninggal! Khabar
Itu Bagaikan Petir! Dalam LelehanAir
Mata, Barulah Segala Perbuatan Kita
Terhadap IbuMenerpa Satu Persatu.

**

Jika Ibu Masih Ada, Sayangi Dia. Jika
Telah Meninggal,Ingatlah Kasih Dan
Sayangnya. Sayangilah Ibu KeranaKita
Semua Hanya Ada Seorang Ibu Kandung