Sekiranya anda sangat memahami tubuh
anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda.
Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang
sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih
tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau
setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah
terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian
daripadanya atau tiada langsung!
1.
Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak
hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya
kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan
yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2.
Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda
menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung.
Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon
tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3.
Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk
dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan
mersa kerap untuk buang air.
4.
Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang
masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda
berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang
kerap terjadi di awal kehamilan.
5.
Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada
anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan
ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan
sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan
akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan
senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi,
anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari
akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa
pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning
sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil.
Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah
walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi
berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat
pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan
mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari
pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya
dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani
ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang
positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari
ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan
besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!
Wujudnya satu Line di bahagian Perut.. erk?? Ermm.. Line Perut? Tanda Hamil ke?? OH Maiii...tu
tandanya kau dah gemok tiey... hihihihi..
0 ♥love me =):
Post a Comment