:)

2.17.2012

“Suami keluar ikut pintu depan..Isteri keluar pintu belakang”

www.tips-fb.com

Asam Garam RumahTangga zaman ni ..hish ~selisih Malaikat 44.. Kalau di fikir2kan mmg lately ramai pasangan yang kawin cerai kawin cerai zaman ni kan? Kalo tak cerai pon ade yang berlaku curang..tu yang timbul statement “Suami keluar ikut pintu depan..Isteri keluar pintu belakang”

Hrmm.. pada pendapat korang knape eyh perkara camni terjadi? Salah siapa? Isteri? Suami? Or salahkan orang ke-3? Pada pendapat aty kan.. perbuatan ini datangnya dari salah dan silap  diri sendiri..jangan sesekali salahkan pasangan . sebagai isteri ataupun suami tahu tanggungjawab masing-masing,cuba tanya diri dimana silap masing2.. cuba perbetulkan, tepuk dada tanya iman J

Pesanan buat diri sendiri dan pasangan-pasangan lain...
Kasih sayang antara pasangan mesti wujud dalam diri dengan ikhlas supaya bahtera yang dilayari tidak dilambung badai dan gelora ombak. Kendalikan Retak resah hati ketidakpuasan tentang pasangan masing-masing dengan berhemah.

2.12.2012

hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut..

www.tips-fb.com

“Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut, muliakanlah aku dengan ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan kesehatan”.


2.11.2012

3 months :)

www.tips-fb.com
Alhamdulillah :)


2.08.2012

Pink

www.tips-fb.com

Thankz a million to you Aranggi Mong Bridal for the marvellous Pelamin ! ... 
simple but suuiittt.. and and yang paling penting is PINK okey!  i love it so much ;)

2.07.2012

Doa Seorang Isteri :'(

www.tips-fb.com



Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,

Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..


Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..


Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..


Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,

Aku buta tanpa bimbingan Mu,

Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..


Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..


Hanya pada Mu, Ya Allah..

Ku pohon segala harapan,

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,

Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..


Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,

Isteri yang dikasihi,

Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..


Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)

1.29.2012

2012

www.tips-fb.com

8.27.2011

Hello, is it me you're looking for?

www.tips-fb.com

I can see it in your eyes
I can see it in your smile You're all I've ever wanted,
(and) my arms are open wide'Cause you know just what to say
And you know just what to doAnd I want to tell you so much,
I love you ...
hikss~

hellooo guyss!! lme gilakk x update
tinggal beberapa hari je lagi nak raya :)

so Dikesempatan ni.. atiey nak mgucapkan

Selamat menyambut Hari Lebaran buat Seluruh umat Islam

terutama skali kpada Rakan2 bloger yg x putus2 memblogwalkingkan blog atiey nih

:D even atiey lme x update :) tengss ya guys! Lerp u all :*


Atiey nak memohon seribu kemaafan Kalau ada terkasar bahasa, terusik dimana-mana, termarah tak kena gaya, termenyinggung perasaan dan banyak lagi yang ter.. hikss

Semoga Lebaran Ini Menjadi Lebih Bermakna :)

dan Semoga korang semua bergembira bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai

Apa – apa pun, sekali lagi Atiey ucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran :)

*love n Hug dari dak gemss hikss*