Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin.
Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar
di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya
Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya
setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni
macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun
boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar
pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa
Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba
sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba
saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.
Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin
menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di
Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia
melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang
terkena air Panas,”kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa
isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh
doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat
orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak
habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi
bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab.
Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan
kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi
gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana
selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi
jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata,
kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang
melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza
terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang
mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa
bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah
parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang
lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.
Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti
wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari
semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan
kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di
penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah
dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul
saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan
penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di
sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di
negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah
teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya
harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya
mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu
mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa
seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa
meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta
ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf
saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak,
menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum
pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil
mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan
pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil
membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut
pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum
kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita
berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan
sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang
keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang
menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti
bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan
kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum
tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti
keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin,
saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,”
jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya,
tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin
perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana
tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya
tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya
memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan
balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa.
Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun
sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang
dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin
dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata
saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza
menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi
saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian
teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu,
Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan.
Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya
melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya.
Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi.
Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam
tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun
daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau
isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata
Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari
perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun
pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan
tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa
ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa
keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya
tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke
tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul,
ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila
berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri
saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata
Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar
ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan
demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan
setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak
maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya
merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar
meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih
dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan
tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia
tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus
azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan
saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan
memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh
dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan
dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat
pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan
isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku
dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu
Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak
pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang
benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah
juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan
ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,”
kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau
memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi
tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila
kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat
minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah,
tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,
tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa
kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah
busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu
sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita
ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya
pada rupa