1. Selalu menghargai usaha dan
penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa
menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah
mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga
kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan
masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali
masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya
isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk
penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak,
sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang
makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar
kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk
tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja,
buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak
dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak
menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu,
tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang
tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang
ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah
dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat
isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok
body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa
bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum
keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat
isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri
serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai
suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan
anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap
pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil
gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik
penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush.
Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri
kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan
tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda
sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak
keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang
lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan
perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu
awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak
buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau
perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau
awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual
sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat,
cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang
dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri
sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi
bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa
dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak
isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami
masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk
neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu
suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang
ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk
mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh
kali
23. Jangan buat donno kalau isteri
merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu
dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil
kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki
amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng
sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan
ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu
berhati-hatilah dengan Tuhan”
0 ♥love me =):
Post a Comment