:)

Showing posts with label Amin~. Show all posts
Showing posts with label Amin~. Show all posts

12.05.2012

Alhamdulillah ^^

www.tips-fb.com

im pregnant!! 18 weeks 4 Days..hihi..alhamdulillah syukur pada Allah..

akhirnya doa atiey & hubby termakbul jugak....
 lama da xupdate blog.. hihi..sesangat la  busy + lazyyy..ngeee ^^
bnyak benda nak cite tapi.. serabut dah..so xtau nak cite ape.. J
next time..dtg mood rajin atiey update g..
doakan atiey & dan baby dlm kandungan sihat2 belaka dan
moga semuanya dipermudahkan oleh-NYA...ameen :)



Pregnancy Tickers from WiddlyTinks.com

3.11.2012

Eleven Eleven Two Thousand Eleven ( 11.11.2011 )

www.tips-fb.com






genab 4 bulan our marriage...alhamdulillah..
walaupon We’re having a Long Distance Marriage 
but We believe that every tackles could be handled if God’s will. :) 
Insya’Allah ..

Dear My Kekasih hati , Promise me to take care of yourself sayang J 
just one thing that you should know.. 
i'll love you while Allah still lend to me a beautiful life and 
you as my hero to live in that life. 
may Allah bless us and our marriage. insya Allah.

Doakan kebahagiaan ini sentiasa menjadi milik kami sampai ke syurga J
thank you Allah  for this happiness, may it remains till Jannah .. 
Amin ya Rabbal Alamin.

‘Ya Allah, kau limpahkanlah kebahagiaan dalam kehidupan kami. Hanya kepada-Mu aku bermohon kerana Kau Maha Mendengar dan Maha Pemurah. Titipkanlah kemesraan dalam perhubungan ini dan jauhkanlah dari sebarang malapetaka kerana sesungguhnya aku hanya insan yang lemah.’

credit to the photographer Napie Moksin Photography



3.07.2012

10 Tanda Hamil

www.tips-fb.com
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

 ___________________________________________________________________

Wujudnya satu Line di bahagian Perut.. erk?? Ermm.. Line Perut? Tanda Hamil ke?? OH Maiii...tu tandanya kau dah gemok tiey... hihihihi..

wordless Wednesday

www.tips-fb.com

2.12.2012

hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut..

www.tips-fb.com

“Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut, muliakanlah aku dengan ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan kesehatan”.


2.11.2012

3 months :)

www.tips-fb.com
Alhamdulillah :)


2.07.2012

Doa Seorang Isteri :'(

www.tips-fb.com



Ya Allah..

Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,

Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..


Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..


Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..


Ya Allah..

Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..


Ya Allah..

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,

Aku buta tanpa bimbingan Mu,

Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..


Ya Allah..

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..


Hanya pada Mu, Ya Allah..

Ku pohon segala harapan,

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,

Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..


Ya Allah Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,

Isteri yang dikasihi,

Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..


Amin, Ya Rabbi Allamin.. :)

12.24.2010

nasib baik x kne kjutan budaya..hehe

www.tips-fb.com

Aiiya kuat bizii oO..haish. bersawang dah blog atiey nih.
Sesangat lah xde masa :( hadoii.. ofiz baru . so life pon baru.
So.banyak le bende aty kne blaja.huhu~
Siyesly..ofis baru atiey nih..jauuuuuuuh sangat beza ngn ofis lame..
Dari suasana nye.. cara kerja..haish..kne banyak blaja lagi.
Yela..mna tak nye. Dari ofis HQ ke cawangan..giler kentang …nasib baik x kne kjutan budaya..hehe
Sbb aty dah biasa dengan budaya kmpg aty…hihi

Hrm.. tapi.ape yang xboleh time. Ofis baru TAK ADA INTERNET! Langsung! Haishh!!
Mati kutu camtuu  huhu..tapi..ape leh buat. Terpaksa gne aternetif sendiri..huhu
Bawak lappy sendirik ler jawab nyer..nasib baik de wireless kat cni..huhu..
So.maybe pas ni.aty kurang on9 kot. Hrm.xde internet..camne tu.kalo ofis di pekan kecik xpe gak.
Tapi.ni Bandar Sibu ..boleh lak xde kan…xpe2..aty pon tengah tunggu TM pasang stremyx kat umh.
Ala…cecepat la stremxy oi..huhu..

ape yang best kat sini? Erm.. satu je.lam bilik aty de tv! Yes telivisyen! Ofis lme xde ..hehe..
Kira tv 2 tok ganti internet la..huhu…so.sbb xde internet…aty layan tv kalo free.huh~
Dan2 cheak cite pe best hari2..hehe.

Yang xbest? Alaaa~ rinduu nye kat org jauh.huhu~ miss him damn Much.

hihi...comeynyee...ni le mrB aty ..muaxh! opss..hehe

Haish.banyak menda nak cite. Tapi xbleh lame..aty kne karang ayat nak wat memo. Huhu..k…jumpe lagi d lain hari.ceh.poyos..hehe..Daaa~

12.10.2010

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,andai ia perkara ini baik bagiku..

www.tips-fb.com
Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
sesungguhnya aku berserah pada-Mu ,
aku memohon kepada-Mu berikanlah aku kekuatan
dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang . .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Engkau lah maha mengetahui.
andai ia perkara ini baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat,
maka takdirkanlah hal tersebut untukku,
mudahkanlah untukku dan berkatilah ia untukku.
Amin ya Rabbal Alamin..~

Hubungan cinta jarak jauh %

www.tips-fb.com
mowning :)
Alhamdulillah everything has been done..
I hope that everything will sail smoothly. amin :)
even current mood haru biru. but...
aty cube tenangkan perasaan ni sebaik mungkin! yes.aty boleh ;p
oke!oke! aty dah tertinggalkan 234 hari dah blog nih.
so pagi ni..nak motivasikan diri.
jom..renung2kan dan selamat beramal :)

____________________________________________________________

Hubungan cinta jarak jauh


menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi.
Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarka
n perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.


Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.


Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.


"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.


"Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar," katanya.


Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

1) Kepercayaan dan kejujuran

Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.

2) Komitmen

Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.

3) Selalu berhubungan

Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.

Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

4) Jangan letakkan banyak harapan


Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.


Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.

5) Kesetiaan


Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.


Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.

6) Emosi


Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.

_______________doakan jodoh kami panjang ye kawan2.. amin :)_______________

12.05.2010

Hey, I am single ..Don't wanna mingle.. Unless it's legal Or else it's evil. ;)

www.tips-fb.com
Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one girl
My wife, my angel

(What Single Muslim Brothers Say)

I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
I don't want a boyfriend, he's such an ail,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.

- Artikel iluvislam.com

*heart tis artikel*

ala~ nantok ye shayang..muaxh!muaxh!muaxh!

www.tips-fb.com
mowning! bagun awal...awal? hehe..
dah 2 hari x hapdate blog kan..
so tired..huh~ smalam aty baru je blik dari melaka.
melaka.yes melaka.
smata2 nak naik beca...hahaha..
xde la ..just jalan2 tenangkan fikiran.ceet..hihi
nak taw.ape aty dapat smalam...


tara...hihi...geram!
ala~ nantok ye shayang..muaxh!
hihi...adik2 mai sini sat....siapa name ? maira ....(kelip2 mata)
umur brapa ? 3 tahun ...*menguap*
ala...nak tdo ye shayang? *angguk2 kepala*

hihi..siyes! comeii..adik...akk nak tapau adik bawak balik putrajaya leh...
hihi.....geram..nasib la mumy maira de kat situ...hihi..
kalo x..dah tapau...hehe*jahat*
k la.nak pack barang2 dulu guys!..
sape2 nak tolong..mai la datang umh.
hihi..Da!

iklan sat :~
Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

12.03.2010

Contest Kesayanganku %

www.tips-fb.com
mowning! ala.mata xleh nak lelap..
xngantok lagi..huhu.erm.terfikir nak nak join contest dak tomei cik K I N A
.oke! set! aty join.aty wat entri ni pagi2 bute taw demi kina ...*erm.perlu ke gitau* hihi..
oke2. aa..tajuk nyer.

CONTEST KESAYANGANKU by cik mek molek miss.K.I.N.A ! yeah~
buat masa ni.byk sangat menda yang aty syg.
tapi.sbb aty wat entri ni sebelum tidur.simple nyer.aty amik.
aa.. baby boO! yes! my baby boO bear.


tada..hensem x? erm.comel?
hehe.. ni la baby bOo. umo? masok 4 tahun :)
ni la baby bear busyuk aty.
ala.xbushuk pon.tapi.siyesly.
baby boo ni la yang ganti bantal busyuk aty.
meh aty story sket.:D
*sori ye kawan2.maybe cite saya aa..tak padan dengan umur *24* tua ..hihi..

dulu.aty mmg de bantal busyuk taw.since tadika lagi .sampai ke primary school aty jaga tau.
boleh x bayangkan.bertapaaa...bertapa..berkurun nye bantal 2..hehe
*tapi wangi oke* mak salalu cuci..hihi

2007.aty dpt kje. kne report duty kat putrajaya huh:| jaoh .
so..pegi la aty dengan bwk brg2 sket2 je
ingatkan just lapor diri.so.aty xbwk le bantal busyuk aty.
rupe nye.dokk cnii lamee :((
seminggu dua tiga .siyesly.aty xlena tido. :(
sampai nak soh mak postkan tu..mak xbagi.
mak kata.aty dah 20 tahun. xyah nak berbantal2 busyuk dah.
tsk.tsk.:'( so redha. even dalam hati ..huh~:'(. hehe

sebulan spastu.tibe bufday aty.then.aty dpt...taraa...

*sorry ye babe .kotak dah usang sbb dah lame aty simpan..hehe*

boipren a.k.a tunang shayang bagi.hiks.
ala.umo 20 dapat teddy bear..hihihi..
so.dapat.aty bagi nama baBy boO! yeah..
teman aty tdo bangun.p kursus.p cuti.dlm keta.
uhk.setia. so skang nih. if xde babyboo. xleh nak tdo dah.
plis.jangan pisahkan kami.hehe.


sbb baby boO kesayanganku!


habis cite.muaxh2..hehe
nite sume! baby boO..come to mumy...ekeke..Da!

Ops.lupe.dengan itu..saya dengan rasminya.menGe 'TAG' erm.
darlink yang bertuah. cik iedayah yang cun.
siyes.cun!hihi..;)
cik iedayah.leh kan darlink ;)

jom.kine terjah blog KINA .;)


12.02.2010

~ Jika Wanita Menangis Di Hadapan Mu "Hargailah ia sebelum terlewat"

www.tips-fb.com
jika seorang wanita menangis dihadapanmu
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi
jika engkau memegang tangannya saat dia menangis
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu
jika kau membiarkannya pergi
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya
seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah
kecuali di depan org yg di sygi, dia akan mjd lemah
seorng wanita tidak akan menangis dgn mudah
hanya jika dia sgt menyayangimu
dia akan menurunkan rs EGOnya
wahai insan bernama lelaki
jika seorg wanita prnh mngis krn mu
tlng pggng tgnya dgn pnh pgetian
krn dia adalah org yg akn ttp bsmmu
spjg hdp mu di saat kau terperuk tllu dlm
wahai insan brnm lelaki
jika seorg wanita mngis krn mu
tolng jgn sia2kn nya
mngkn...krn kptsn mu mrosakkn khdpnnya
saat dia mngis d dpn mu saat dia mngis krn mu
lhtlh jauh ke dlm mtnya
dpt kh kau lht dan kau rskn skt yg d rsknnya krnmu?
apakh keistimewaan wnita ini?
di balik kelembutannya dia memiliki kekuatan yg bgtu dasyat.
tutur katanya mrupakan kbnrnya
senyumanya adlh smgt bg org yg d cintainya
pelukan & ciumannya bisa mberi khangatan bg anak2nya
dia tersenyum bl mlht temannya trtawa
dia terharu mengis bl mlht kesengsaraan pd org yg dikasihinya
dia mmpu tersenyum di balik kesedihannya
dia sgt gembira mlht kelahiranya
dia begitu sedih mlht kematian
titisan air mt is mmbwa kedamaian
tp dia sering d lupakan oleh lelaki krn 1 hl..
bhwa BETAPA BERHARGANYA DIA

time kaseh Talipong merah!%

www.tips-fb.com
petang ni.dok umh je. satelkan sume urusan perkhidmatan dari rumh.;P
malas nak p opis.best gak kan kje dari umh..hehe
so.nak call2 ofiz ni.kne gne line TM baru berbaloi.free.
so. umh aty mmg de line tefon.sbb kat umh aty de streamyx.
tapi selama ni tefon masok lam kotak jer.xgne pon.:D
baru hari ni aty bukak kotak 2.
cuba2.eyh.boleh gne la.hiks.so..ape lagi..
alhamdulillah..urusan Jabatan lme bnyk dah siap :)

time kaseh Talipong merah! hehe..;P

sudut kerja baru yang akan aty tinggalkan xlme g..huhu..bai2..

ni pon nak tinggal gak .eyh! x x..mne boleh..hehe..
oke2...tengok kat blakang 2..rumah mcm xmo pindah je.

ala..malas tol.huhu..tolong pack tok aty pliss ..huhu ;p daa~

11.19.2010

Jimmy Shanley?pengajacara favorite yang cute :)

www.tips-fb.com

aty shuke sangat kat plamin tunang diorang nih..siyes switt + gojes :)
mesti ramai yang kenal kan org dlm gamba 2..
ni pelamin milik sape? hee...introo..xbleh blah...ekeke~
pengacara tomei & encem :) Jimmy Shanley + wife :)

but..dari smalam aty dok denga lam radio..asyik cite dirang je
:( yang sedih nyer..dah de ura2 mengatakan yg rumahangga diorang sedang bergolak..hmm..
ala...hmm...sedih dengakan ..Pengacara Jimmy Shanley dengarnya akan hadir ke mahkamah syariah dalam masa terdekat ni
bagi membimcangkan isu rumahtangganya.
xsampai pon 2 bulan dah de kua cite camni ..:( then..Lebih menyentuh hati isteri Jimmy,
Nursuhaila Eliani pun baru sahaja disahkan mengandung sebulan.
oh..:( spatutnyer ni bite gembira...tapi...hmm..

Hope cite ni just khabar angin semata2 kan :)
aty doakan everything will be oke :)
amin.