:)

10.18.2010

10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

www.tips-fb.com

haihaihai! ;) hari ni..tetibe je teringat kat badan ku yang semakin membulat-bulatt ...ekeke..
hadoii..penat.jenoh. nak jge badan kan..hurmm..

aww..hahaha..prasan -_-''
k2..jom..kite sma2 kira bmi nak ^^



berat : 59kg tinggi : 163cm
"Your bmi is 22.2. You are considered normal"
mmg cun! butt..59kg tu beratt woOoo... badan nampak gempal jerk..:(
ble belek2 magzn kan...salu model2 berketinggian sama macam aku...berat diorang...ada yang 52kg...oohhMaiigot...gile jaoh beza..
rasa nya..if berat aku 52kg..body ble cam diorang kot...haisy.berangan mode da mule..hahaha..
dari dulu sampai skang..asyik nak diet..diet..diet..
tapi gaks diet2 kan...melantak xkira tempat masa dan ketika..muahahaha..
btw... jom..aku share 10 tips yang maybe ble tolong korang..n diri ku sendiri...untok kurr..kuruss kan badan ..:D

fist of all....apaaa yang Pentinggg... u all

perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri korang ruang, masa & usah cepat berputus asa. percayalah..You Can Do It!!

if korang bersemangat kental getal nak kuruskan badan, properly usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat but ianya pasti berbaloi-baloiii..:D
and..
Salah satu kebaikannya dapat korang lihat melalui kulit.
Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


sO...ni le ...10 tips ringkas yang boleh korang amalkan demi mencapai impian yang satu..hihii tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat korang untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.xyah paang angan2 lebih...kang xdapat frustt lak..so...korang tetapkan mne yang korang mampu k ;)

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan kite. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika korang dapat kurangkan 0.1kg pun dah kira bagus untuk permulaan.

LilySlim Weight loss tickers


2. Sebaiknya, lupakan niat korang untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu. * peringatan tok diri sendiri gak..haha

Bagi anda yang nak menjaga otot ketul2 :D, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.* insyAllah boleh :D

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.* ehem..minuman manis?syur? -_____________________________________________-'' * sungguh payah bagi aku -_-

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, korang boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.:)


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:


Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)



Kemudian, disiplinkan diri korang agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian korang.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.*thehehehe..bagi yang dok membujang..mmg gemar makan depan tv kan.. kne lik kmpung baru ble buat adat dok atas meja makan yang betol..hihii

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari korang dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan korang mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.



Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu korang2 n aku skali kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!





<---Nanged it if u like. Thanx :)

4 ♥love me =):

Faizal n Fashitah said...

Wahhh... good info. Kamek lamak raya reya pun terus nait berat badan mek. Yalah tepaksa mek diet n most probably kamek nak masuk gym la dlm masa terdekat tok ehek XD

Farhana said...

wahh tips baik.. keke tp pas akak bsalin la ekk :P

missAtiey said...

Faizal n Fashitah~ urglaki pun patut jaga badan koh..gud2..masok la gym :) mek mun da masa..mek g gym wak :)

missAtiey said...

mummynana~ hihii...dear...xpe...lepas bersalin pon bole ;)